Rabu, 4 Jun 2014

SYUKUR, REZEKI DATANG LAGI

Fuh..berpeluh jugak la mengemas DINA GUEST HOUSE...Baru je selesai mengemas. Allamdulilah, ada tempahan untuk 05/06/14 ni. Bila musim cuti, hati banyak happy, tempahan banyak. Kadang2 tak larat juga nak mengemas, tapi rezeki jangan ditolak.

Dalam melayan kerenah pelanggan ni, memang kena banyak BERSABAR. Ada yang angkut keluarga 1 bas tapi dalam masa tu jugak nak diskaun lagi. Ada yang hilangkan kunci, ada yang beria-ria booking sampaikan kita tolak tempahan lain, tapi last  minit tak jadi pulak. Dan yang ramainya, diangkut sekali barang dalam rumah tu, kejap hilang tuala, kejap hilang selipar, kejap hilang baldi. Pecah gelas, diubah susun atur perabut sesuka hati tu perkara yg selalu dibuat.

Kesimpulannya, BERSABARLAH dalam melayan telatah pelanggan yg pelbagai ragam. Biasalah tu, nak cari rezeki bukannya senang dan bukan perkara susah...