Rabu, 4 Jun 2014

SYUKUR, REZEKI DATANG LAGI

Fuh..berpeluh jugak la mengemas DINA GUEST HOUSE...Baru je selesai mengemas. Allamdulilah, ada tempahan untuk 05/06/14 ni. Bila musim cuti, hati banyak happy, tempahan banyak. Kadang2 tak larat juga nak mengemas, tapi rezeki jangan ditolak.

Dalam melayan kerenah pelanggan ni, memang kena banyak BERSABAR. Ada yang angkut keluarga 1 bas tapi dalam masa tu jugak nak diskaun lagi. Ada yang hilangkan kunci, ada yang beria-ria booking sampaikan kita tolak tempahan lain, tapi last  minit tak jadi pulak. Dan yang ramainya, diangkut sekali barang dalam rumah tu, kejap hilang tuala, kejap hilang selipar, kejap hilang baldi. Pecah gelas, diubah susun atur perabut sesuka hati tu perkara yg selalu dibuat.

Kesimpulannya, BERSABARLAH dalam melayan telatah pelanggan yg pelbagai ragam. Biasalah tu, nak cari rezeki bukannya senang dan bukan perkara susah...

Jumaat, 30 Mei 2014

SALAM JUMAAT


Selamat menunaikan Solat Jumaat.
Kepada semua kaum Adam Jangan sengaja ponteng ya.
Hari Jumaat penghulu segala hari, maka marilah kita banyakkan berdoa dan mohon keampunan daripada Illahi, insyaAllah doa kita akan dimakbulkan. Segala puji dan selawat kepada Nabi Junjungan kita. Semoga kita semua mendapat syafat di akhirat kelak. AMIN.






Tempahan sempena cuti sekolah kini kembali



PROMOSI CUTI SEKOLAH





Asal cuti sekolah kenduri, asal kenduri cuti sekolah. Rombongan Kak Kiah nak dok mana ramai-ramai ni. Kalo dok hotel kena tempah banyak bilik, kosong la poket lagi....Pening-pening!!!!

Jangan bimbang, menginaplah di DINA GUEST HOUSE yang terletak di PT 1160 TAMAN PERISAI WIRA, KUALA KRAI, KELANTAN. Anda akan berpuas hati dengan layanan mesra kami.

DINA GUEST HOUSE :-

* Selesa, Bersih, Luas & Selamat
* Lengkap dengan perabot, Astro, peralatan memasak, ampaian
* Parking kereta yang luas
* 3 bilik tidur & 2 bilik mandi
* Terletak di hadapan madrasah
* Berdekatan dengan Pasaraya Pantai Timur, 7Eleven, Restoran  
   Damar, Marybrown, KFC, Pizza Hut

Kami menawarkan DISKAUN ISTIMEWA bagi yang membuat tempahan bermula pada 1/6/14 hingga 8/6/14. Diskaun ini juga diberikan kepada pelanggan tetap kami.

Di samping itu juga, sempena promosi tersebut, air mineral akan turut diberikan kepada pelanggan kami.

Tempahlah sekarang untuk menikmati potongan harga yang menarik itu. Cepat, cepat...siapa cepat dia dapat. Kekosongan terhad. Kami mungkin akan menolak tempahan anda kerana ketiadaan tempat kosong lagi.

Sila sms <nama> <alamat> <no. telefon> <tarikh masuk>
 <tarikh keluar> ke no telefon di bawah :

 017-9034714 (KAK NA)
 019-9198619 (ABG DIN)